Sunday, August 28, 2011

anak sosilawati dan kekasih kahwin






Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 26, anak sulung kepada pengasas dan jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas dikatakan memohon restu untuk berkahwin kepada keluarga terdekatnya, di sini, baru-baru ini. 

Berita mengenai Erni atau lebih dikenali dengan panggilan Rita yang bakal mendirikan rumah tangga itu mulai hangat diperkatakan masyarakat setempat berikutan bakal suaminya itu adalah pegawai kanan sebuah kementerian serta aktif dalam kancah politik negara.

Zulkifli Bujang

Maknanya pembaca berita tv Bernama, Zulkifli Bujang yang sering dikaitkan mempunyai hubungan atau sebagai kekasih kepada Rita adalah bukan orang dimaksudkan tetapi berkemungkinan ianya betul atau tidak sama-sama kita tunggu akan hari kebahagian tersebut.

Sementara itu, Rita dan lima adik beradiknya akan pulang menyambut Aidilfitri di kampung arwah ibu mereka di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, dekat sini dan meneruskan tradisi dilakukan jutawan kosmetik berkenaan yang akan menganjurkan rumah terbuka kepada penduduk setempat. 
Ibu saudaranya, Rosnani Lawiya, 47, berkata rumah terbuka yang akan diadakan di rumah nenek Rita, Yatmah Abdul Rahman, 81, akan dianjurkan secara lebih sederhana termasuk mengadakan tahlil. 

No comments:

Post a Comment