Wednesday, December 14, 2011

gosip bercinta shaheizy sam dan sara ali ( songlap )


Shaheizy Sam dan Sara Ali ( Songlap )


Shaheizy Sam dan Sara Ali yang digandingkan bersama dalam filem SONGLAP dikatakan menjalinkan hubungan cinta, Sam menjawab dengan tenang pertanyaan dan kontroversi yang melanda dirinya.
Petikan yang diambil daripada berita harian,

Shaheizy Sam ( Songlap )


Sara dikatakan mencanang bahawa Sam adalah kekasihnya dan sering ke rumah aktor popular itu sebelum ini. Namun, kehadiran Sara dalam hidup Sam tidak disenangi anggota keluarga pelakon berkenaan kerana sikap Sara yang dikatakan sombong. 

dan ini pula jawapan daripada Sam,


“Saya akui memang pernah rapat dengan Sara. Namun, saya tak tahu dari mana datangnya gosip kami bercinta. Namun, selepas penggambaran Songlap, kami tiba-tiba ‘hilang’ kerana saya dapati BBM contact Sara dah tak ada dalam telefon saya. Saya tak cari dia, dia pun tak cari saya. “Saya akui, ketika saya membawa Sara makan-makan di rumah keluarga, mungkin berlaku insiden apabila keluarga saya dikatakan tidak menyenangi sikap Sara. Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bagi saya, dia seorang kawan yang baik. Mungkin ia sekadar salah faham. 

“Gosip kononnya Sara mencanang kami bercinta, saya pernah bertanya kepadanya hal berkenaan dan dia memberitahu saya, cerita itu tidak pernah keluar daripada mulutnya. Bagi saya, itu sekadar gosip. Namun, saya akui selesa berkawan dengannya dan saya tak ada masalah memperkenalkannya kepada keluarga. Dia juga pernah datang ke rumah saya. “Saya menyayangi Sara sebagai orang yang saya pernah kenal, namun kami tidak pernah bercinta seperti yang digembar-gemburkan. Bagi saya, sayang dan cinta adalah dua perkara yang berbeza,” kata Sam berterus-terang. 

Sara Ali ( Songlap )

Terjawab segala kontroversi diantara Sam dan Sara Ali dengan kenyataan yang telah diberi oleh Sam sendiri. Menerusi B*POP 13 November 2011 yang lalu, Sam dikatakan masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, Tengku Putri Najwa atau Wawa. Sekalipun sudah putus cinta, kedua-duanya masih berkawan seperti biasa. 

“Dia (Wawa) rapat dengan keluarga saya dan saya rapat dengan keluarga dia. Kami pernah bercinta selama tiga tahun. Namun, sampai hari ini saya masih menyayanyi dirinya kerana sejarah diri masing-masing, iaitu sejarah perkenalan kami. Saya dah kenal Wawa dalam dan luar dan saya tahu kebaikan dirinya. “Pengorbanan dirinya dulu terhadap saya, kami pernah rasa. Sekarang kami dah putus, tapi keluarga saya masih menyayangi dirinya. Namun, untuk kembali bercinta dengan Wawa, saya masih menepis perasaan cinta itu. Buat masa ini biarlah saya berjaya dalam karier, saya nak kumpul duit dulu,” kata Sam tanpa berselindung. 




dua pelakon yang sedang meningkat naik dalam filem SONGLAP yang mula ditayangkan hari ini ( 15 Disember 2011) adakah filem songlap ini boleh mengatasi kejayaan filem OMBAK RINDU yang telah menerima feedback yang baik dari penonton ? kita sama-sama saksikan nanti ye..

Saturday, October 29, 2011

Anak Sosilawati bertunang - Erni Yuliana Dekritawati


gambar pertunangan anak Erni Yuliana Dekritawati  anak kepada arwah Datuk Sosilawati

Monday, October 17, 2011

video majlis pertunangan chef riz & ana dahlia

akhirnya anak teruna Chef Wan, Chef Riz telah melangsungkan pertunangannya bersama pelakon ana dahlia..ana juga merupakan seorang pelakon drama bersiri bonda di tv9 yang memegang watak sebagai wawa dan juga berlakon di dalam drama Raya arahan Rosyam Nor dan banyak lagi, ikuti video romantis pertunangan anak Chef Wan, Chef Riz dan Ana Dahlia

Pertunangan Ana Dahlia & Chef Riz-




by kabus ribut studio.

Sunday, October 9, 2011

mamat dan fida putus hubungan

mamat (sepah ) dan fida (rafidah ibrahim ) putus hubungan

Sunday, September 11, 2011

[gambar] pelakon tentang bulan fatin nur afifah bercinta dengan pengkid

baru-baru ini kita dikejutkan dengan cerita pelakon filem Tentang Bulan , Erin Malek gara-gara isu dia menindik lidah dan suka bersosial, lain pula kes dengan seorang lagi pelakon yang membintangi filem Tentang Bulan iaitu Fatin Nur Afifah yang memegang watak sebagai Shahila yang merupakan seorang tomboi didalam filem Tentang Bulan.


Fatin Nur Afifah ini dikatakan bercinta dan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengkid. Ini bukan sahaja khabar angin atau gosip semata-mata sahaja kerana perkara ini disahkan sendiri oleh Fatin Nur Afifah didalam ruang blognya sendiri. Pengkid yang bernama Puteri Sarah ataupun dipanggil Putt ini merupakan kekasih kepada Fatin Nur Afifah seperti yang diceritakan di blog effy terry's nya. Semua gambar di ambil daripada ruang blog Fatin Nur Afifah sendiri .





























macam-macam hal, dah besar, sendiri boleh fikir kan apa yang terbaik untuk diri kita : D