Tuesday, September 6, 2011

[gambar] Anak Aqasha dan Noor Baizura - Alehandra Ahmad




gambar kahwin aqasha baizura

Penyanyi & pelakon, Firdee Aqasha Rosli (29) atau lebih dikenali sebagai Aqasha telah mengumumkan melalui laman twitternya di @TheAqasha mengenai kelahiran anak pertamanya bersama Noor Baizura Mohd Sabru (28) sebentar tadi.
Bayi lelaki yang diberi nama Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha selamat dilahirkan sekitar pukul 6:14 petang tadi. Menurut Aqasha, isterinya sudah mengalami tanda-tanda kelahiran ketika dia menghadiri sesi soundcheck yang berlangsung di Alexis, Bangsar, malam tadi.






Aqasha menyambung lagi kelahiran pertama ini amat mendebarkan dirinya yang akan bergelar seorang ayah. Syukur, pada masa yang sama isterinya kekal bertenang di wad bersalin. Tahniah buat Aqasha & Noor Baizura kerana sudah bergelar seorang ayah dan ibu dan diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa dengan sebaiknya. 

No comments:

Post a Comment