Sunday, September 11, 2011

[gambar] pelakon tentang bulan fatin nur afifah bercinta dengan pengkid

baru-baru ini kita dikejutkan dengan cerita pelakon filem Tentang Bulan , Erin Malek gara-gara isu dia menindik lidah dan suka bersosial, lain pula kes dengan seorang lagi pelakon yang membintangi filem Tentang Bulan iaitu Fatin Nur Afifah yang memegang watak sebagai Shahila yang merupakan seorang tomboi didalam filem Tentang Bulan.


Fatin Nur Afifah ini dikatakan bercinta dan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengkid. Ini bukan sahaja khabar angin atau gosip semata-mata sahaja kerana perkara ini disahkan sendiri oleh Fatin Nur Afifah didalam ruang blognya sendiri. Pengkid yang bernama Puteri Sarah ataupun dipanggil Putt ini merupakan kekasih kepada Fatin Nur Afifah seperti yang diceritakan di blog effy terry's nya. Semua gambar di ambil daripada ruang blog Fatin Nur Afifah sendiri .





























macam-macam hal, dah besar, sendiri boleh fikir kan apa yang terbaik untuk diri kita : D




Tuesday, September 6, 2011

[gambar] Anak Aqasha dan Noor Baizura - Alehandra Ahmad




gambar kahwin aqasha baizura

Penyanyi & pelakon, Firdee Aqasha Rosli (29) atau lebih dikenali sebagai Aqasha telah mengumumkan melalui laman twitternya di @TheAqasha mengenai kelahiran anak pertamanya bersama Noor Baizura Mohd Sabru (28) sebentar tadi.
Bayi lelaki yang diberi nama Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha selamat dilahirkan sekitar pukul 6:14 petang tadi. Menurut Aqasha, isterinya sudah mengalami tanda-tanda kelahiran ketika dia menghadiri sesi soundcheck yang berlangsung di Alexis, Bangsar, malam tadi.






Aqasha menyambung lagi kelahiran pertama ini amat mendebarkan dirinya yang akan bergelar seorang ayah. Syukur, pada masa yang sama isterinya kekal bertenang di wad bersalin. Tahniah buat Aqasha & Noor Baizura kerana sudah bergelar seorang ayah dan ibu dan diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa dengan sebaiknya. 

[gambar] Anak Krisdayanti dan Raul - Ariannha Amora Lemos

Penyanyi Indonesia terkenal, Kris Dayanti telah selamat melahirkan bayi perempuan comel yang diberi nama Ariannha Amora Lemos seberat 2.9kg pada pukul 1.45 petang kelmarin .


Bayi ini dilahirkan secara caeser atas nasihat doktor. Menurut doktor di Hospital Mitra Kemaroyan Jakarta, Kridayanti dinasihatkan untuk bersalin secara caesar kerana dikhuatiri kesan pembedahan dahulu akan menganggu proses bersalin secara normalAriannha Amora Lemos merupakan anak sulung Krisdayanti hasil perkahwinan keduanya bersama Raul Lemos.












Tahniah buat Krisdayanti (KD) dan Raul.

Thursday, September 1, 2011

Anak Aziz M Osman - Puteri Nur Azahra [gambar]



Baru sahaja dapat berita gembira daripada penyanyi Elyana yang baru sahaja melahirkan anak sulungnya, kini tiba masa untuk pasangan Aziz M Osman dan Puteri Lily Lokman menimang cahaya mata pertama mereka hasil perkahwinan pada 6 Jun 2010.


pic : myartis.com



Bayi yang diberi nama Puteri Nur Azahra ini seberat 3.74kg dan selamat dilahirkan di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Puteri Nur Azahra merupakan anak ketujuh Aziz yang mempunyai enam orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.Tahniah buat Aziz dan Lily.